SENI KONTEMPORARI MALAYSIA DARI KOLEKSI PERIBADI ALIYA DAN FAROUK KHAN

Ditulis oleh Amerrudin Ahmad - Senior Kurator, Balai Seni Lukis Negara, Malaysia

Kebiasaanya peminat seni amat maklum untuk mencari dan menghayati karya-karya hebat dan ikonik seni lukis moden adalah di muzium atau galeri awam.  Namun bagi karya-karya istimewa seni kontemporari, pencarian ini mungkin berbeza. Pertama ianya lebih banyak berada di tangan kolektor persendirian dan mungkin diantaranya memang secara sedar dihasilkan oleh pelukis hanya untuk bertindakbalas dengan masa, bersifat sementara atau mungkin yang mustahil untuk dimiliki secara fizikal.
Di Malaysia kolektor seni kontemporari persendirian mempunyai era kemasukkannya yang tersendiri di akhir tahun 90an, walaupun bilangannya kecil namun ia tetap memberikan saingan kepada muzium awam dan kolektor-kolektor koperat. Kemudian kolektor persendirian generasi ke dua ini mula memberikan impak sebagai pemain utama apabila koleksi seni kontemporari di peringkat rantau sini  dan  Asia umunya mula mendapat perhatian global. 

Antara nama-nama yang biasa di dengar dan dinanti oleh pelukis semasa pra pembukaan dan perasmian pameran ialah peminat dan pengumpul seperti Rahimi Harun, Edward dan Sylvie Hyde, Rosemary dan Steve Wong dan termasuklah pasangan kolektor popular Aliya dan Farouk Khan.
Koleksi adalah segala-segalanya bagi para pengumpul ini. Mereka memilih  kerana ada rasa magnet dan kemistri dengn karya-karya itu.
Buat pertama kalinya koleksi seni kontemporari milik persendirian yang amat disayangi, ditatang dan paling berharga kepada pemiliknya ini akhirnya dipamerkan kepada umum dan buat pertama kalinya juga ia akan dipamerkan di luar paksi penghasilan dan perolehannya di Kuala Lumpur. 
Danga City Mall, Johor Bahru, Johor adalah tempat yang istimewa yang terpilih, sudah tentu ia bukan dituding secara tiba-tiba oleh pemiliknya. Amat pasti segala faktor pendorong dan penarik telah dikaji secara teperinci.

Aliya dan Farouk Khan dua nama besar dalam bidang pengumpulan, naungan dan yang telah melaburkan banyak usaha dan tenaga kepada pelukis-pelukis muda seni kontemporari Malaysia dengan usaha yang lebih jauh dan monumental akan mempamerkan karya-karya seni kontemporari dari koleksi persendirian  terbesar mereka kepada umum. Pameran ini dianjurkan oleh Iskandar Malaysia Contemporary Art Show (IMCAS) bersama Danga City Mall  dengan  kerjasama Balai Seni Lukis Negara dan Kerajaan Negeri Johor.  

Dalam penyataannya kepada media beliau membayangkan usaha ini adalah ke arah untuk menjadikan Johor sebagai hub baru untuk seni kontemporari di Malaysia sementelah lagi ia 'umpama sireh pulang ke gagang' kerana terdapat ramai nama-nama besar pelukis kontemporari dalam koleksinya adalah anak-anak Johor seperti Yusof Ghani, Ahmad Zakii Anwar, Jegadeva Anurendra, Hamir Soib, Tan Chin Kuan, Shooshie Sulaiman, Eng Hwee Chu dan Umi Baizurah.
 
Pameran ini mengandungi 111 pelbagai jenis karya yang terdiri dari catan, lukisan, dan cetakan. Termasuk juga empat buah arca dan enam karya instalasi.
Ini adalah sebahagian daripada 800 lebih karya koleksi seni kontemporari pasangan ini yang semakin bertambah, dan pada Januari 2010 sebuah pameran beskala besar koleksi pasangan ini akan diadakan untuk tatapan umum di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Karya-karya pelukis prominen dan tersohor negara dari koleksi mereka yang akan dipamerkan ialah Zulkifli Yusof, Anuar Rashid, Fauzan Omar, Jailani Abu Hassan, Juhari Said, Hasnul Jamal Saidon, Eng Hwe Chu, Ahmad Fuad Othman, Bayu Utomo Radjikin, Wong Chee Meng,Ahmad Shukri Mohamed, Choy Chun Wei, Jeganathan Ramachandram dan ramai lagi.

Karya-karya mereka memperlihatkan kepelbagaian bentuk ekspresi dan juga mata benda. Pelukis di dalam pameran ini terdiri daripada mereka yang mula bertapak di akhir tahun 80an, 90an dan termasuk pelukis-pelukis muda generasi baru tetapi berprolifik dengan hasil-hasil kerja yang amat matang. 

Boleh dikatakan 90 peratus daripada pelukis-pelukis ini mendapat pendidikan dan pendedahan seni di Kuala Lumpur kecuali sebahagian kecil diantara mereka yang mendapat pendidikan terus dari luar negara. 
 
Malah sebahagian besar daripada pelukis-pelukis ini bekarya dan berteduh di Kuala Lumpur. Di dalam perkembangan seni lukis negara, Kuala Lumpur menjadi pusat kepada pengwujudan pelukis-pelukis berbakat dengan adanya pelbagai sekolah seni awam dan swasta di sekitar Lembah Klang. Persekitaran dan kehidupan sosial masyarakat kontemporari melahirkan tindak balas dan dialog visual ke atas  karya-karya mereka. Segala perasaan yang diharungi pelukis tercerna pada karya mereka.
Walaupun ada mata bendanya adalah hal kebiasaan masyarakat luar bandar namun bukan itu semata yang hendak dimaksudkan. Terdapat subteks tentang pengertian perhubungan dan kerinduan malah penuh sinis jika ia dikaitkan dengan situasi sosial, ekonomi dan politik setempat.

Di Mana Kontemporari
Bagi sesetengah pendapat yang cenderung untuk mendifinasikan seni kontemporari sebagai sesuatu yang baru dan semasa, kontemporari dilihat dalam satu jangka waktu. Paling mudah cara untuk melihat seni  kontemporari di Malaysia sering dikaitkan dengan karya-karya oleh pelukis-pelukis generasi baru bermula sekitar awal tahun 90an sehingga hari ini. 
Bagi kita seni kontemporari adalah hasil reaksi terhadap modenisme, manakala seni kontemporari di Barat adalah hasil modenisme itu sendiri. Ada berpendapat yang mengatakan seni kontemporari itu harusnya datang dari masyarakat urban dengan penolakan terhadap konvesional, namun ia tetap sebuah pengertian yang tipis jika dibandingkan apa yang dibicarakan oleh Pramoedya kepada khalayak sastera dalam karyanya yang berjudul 'Anak Semua Bangsa' yang berlatarkan zaman pasca kolonial di Jawa. Di dalam novelnya itu ia memberikan gambaran kontemporari dengan penolakan terhadap bahasa Belanda. Walaupun kolonial Belanda yang memperkenalkan kemodenan kepada Jawa namun di era kemerdekaan gerakan populis membangkitkan patriotisme dan bahasa kebangsaan sebagai yang terkini, sesiapa yang tidak mengutamakan atau tidak petah berbahasa Melayu ketika itu dianggap kebelakang dan tidak kontemporari.
Jadi, gaya atau persembahan urban, simbolisme atau semiotik, ekspresionisme atau neo-romantika dan apa sahaja perbandingan akan belum tentu kontemporari, ia bergantung bagaimana karya itu dibaca dan garis pemisah antara moden dan kontemporari itu amat halus melainkan perbincangan tentang pasca moden diperjelaskan.

Perjalanan
Perjalanan pemindahan sementara koleksi ini dari Kuala Lumpur untuk dipamerkan ke Johor Bharu merupakan suatu yang diluar kebiasaan, jika kita teringatkan pengertian kontemporari oleh Pramoedya tadi. Sebagai koleksi persendirian dari ibu kota ke ibu negeri kelihatan agak bertentangan dengan citra muzium dan galeri di Kuala Lumpur yang mempamerkan koleksinya di muzium seni luar negara adalah keutamaan dalam plan strategi jangka panjangnya, pelukis dan karyawan di negeri-negeri sentiasa berkeinginkan karya mereka dipamerkan di muzium dan galeri di Kuala Lumpur. Ini mencerminkan keseluruhan tindakan ini adalah sebahagian daripada pemikiran yang bertentangan ini juga seakan perjuangan seni kontemporari itu sendiri – 'kdek-kdek ong' (-Hasnul J. Saidon) berfikir di luar kotak.

Perjalanan pasangan ini dalam mengumpul karya terbaik juga melalui proses pengenalan dan pembelajaran. Farouk sering menyatakan banyak sumber dan dokumentasi tentang pelukis-pelukis muda dan kontemporari adalah sukar ataupun hampir tidak dapat diperolehi. Beliau mulai menjumpai karya dan pelukis ini melalui maklumat lisan dan katalog-katalog lama sepanjang hubungan rapat beliau dengan pelukis dan kolektor lain. 'Failed of curatorial process' adalah ungkapan umpama slogan setiap kali menyuarakan kekecewaannya dengan cara pelukis-pelukis muda ini diletakkan dengan tidak selayaknya dalam lanskap seni negara oleh pihak tertentu suatu ketika dahulu. Sebagai seorang yang proaktif beliau merasakan perlu baginya untuk mengumpul dan menjadi seorang peminat seni yang bertanggung jawab dengan memberi balik dan mengangkat martabat seni kontemporari pelukis-pelukis muda Malaysia. 

Malaysia seharusnya tidak terlepas pandang kepada seni kontemporari dan pelukis-pelukis muda yang telah membawa nama negara dan memperkenalkan Melaysia di persada antarbangsa. Pelukis-pelukis ini terlebih dahulu dikenali dan  diiktiraf di luar negara melalui festivalnya seperti bianale, trinale, residensi, projek komunti, pameran solo atau berkumpulan dan jualan rumah-rumah lelong di luar negara. Venice, Istanbul, Kessel, Berlin, Madrid, London, Vermont, New York, Hong Kong, Jakarta, Singapura dan lain-lain kota telah pun menjadi hos mempamerkan karya pelukis-pelukis ini bahkan sebahagiannya lebih di kenali di sana dari di negaranya sendiri. 
Sedar di atas permintaan dan pencapaian pelukis-pelukis muda dan seni kontemporari negara. Pasangan ini telah menjadikan pengumpulan seni kontemporari terbaik sebagai suatu bentuk hobi yang serius malah ia adalah suatu pelaburan. Keistimewaan koleksi pasangan ini ialah cara mereka mengumpul. Setiap pelukis di dalam koleksi mereka diusahakan agar sekurang-kurangnya mempunyai satu siri karya dari peringkat awal hingga karya siri terbaru. Setiap karya didaftar,direkod dan diambil gambar. Sebuah sistem rekod yang agak komprehensif dengan susurmasa karya pelukis telah diadakan.  

Koleksi
Karya-karya Jailani Abu Hassan(Jai) dan Yusof Ghani adalah yang terawal dikumpul pasangan ini. Menurut Jai karyanya mulai diperolehi oleh Aliya pada tahun 2000 melalui Rosli Hashim Fine Art. Semenjak itu Jai adalah antara koleksi utama pasangan ini. Jai dan Yusof Ghani ialah dua pelukis besar yang bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah pameran-pameran solo mereka di Singapura, Hong Kong dan Jakarta telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Mereka muncul di arena ini di akhir tahun 80an dan menjadi 'boom' sekitar lewat 90an. 
Bagi Jai beliau kagum dengan pasangan ini bukanlah pada jumlah karya yang diperolehi pada sesuatu masa, tetapi iltizam mereka untuk mendapatkannya. Dia rasa kagum apabila karya-karya awalnya sekitar tahun 1996,1997 dan 1998 berjaya diperolehi pasangan ini melalui pencarian dan penyelidikan yang intensif. Jai mengakui yang beliau sendiri sukar untuk mendapatkan kembali karya-karya awalnya itu, tetapi ia berjaya dilakukan oleh Farouk.

Pasangan ini mula mengumpul secara profiling semasa 'didedahkan' dengan karya-karya Ahmad Fuad Othman(Fuad) dalam satu 'private viewing' diuruskan oleh Sushilawati Sulaiman(Shooshie) dua minggu sebelum Fuad ke Goyang, Korea di tahun 2005 untuk menghadiri program residensi lapan bulan yang disambung hingga setahun oleh Fuad di Korea. Pameran 'Peringatan Joseph Tan' tahun 2005 di Balai Seni Lukis Negara juga telah menimbulkan minat pasangan ini terhadap proses dokumentasi koleksi. 
Koleksi karya Fuad adalah antara yang agak lengkap di dalam koleksi Aliya dan Farouk Khan. Evolusi karya Fuad daripada karya awal gaya abstrak yang dihasilkan di tahun 1993, ke separa abstrak keluaran 1994, kemudian kemasukkan unsur figura di tahun 1995, karya awal 'potret diri' 2005-2006 sampailah ke siri 'Fatamorgana' tahun 2006 hingga siri terbaru sekarang berada di dalam koleksi persendirian ini.

Koleksi kumpulan Matahati adalah antara kekuatan koleksi Aliya dan Farouk Khan, karya Ahmad Shukri Mohamed, Ahmad Fuad Othman, Bayu Utomo Radjikin, Masnor Ramli dan Hamir Soib sentiasa dipamerkan diruang tamu kediaman mereka secara rotasi. Karya-karya awal kumpulan ini mulai tahun 1993 hingga sekarang sentiasa dilengkapi mereka. Bagi Ahmad Mashadi karya-karya yang dihasilkan oleh kumpulan ini pada awal 1990an menunjukkan trajektori yang mementingkan penyampaian visual yang segera dan keseriusan konsepsi. Menurut Hamir Soib karya-karya beliau diperolehi oleh Farouk melalui pameran solonya di Gudang pada tahun 2005 disitulah karya-karya beliau yang lain dikumpul oleh Farouk selain melalui pameran solo dan berkumpulan di Galeri Wei Ling, Annex, Rimbun Dahan dan lain-lain.

Kehadiran
Realiti masyarakat berbilang kaum dan kemajmukan latarbelakang juga dapat dilihat dalam koleksi Aliya dan Farouk Khan. Seni melepasi sempadan bangsa kerana bahasa visual adalah sama kepada semua warga dan penutur berlainan bahasa ibunda. Pelukis-pelukis muda yang berbakat besar seperti Aswad Ameir, Azmin Hussien, Chan Kok Hooi,  Stephen Menon, Chin Kong Yee,Daud Rahim, Yau Bee Ling, Ahmad Zuraimi, Hamidi Hadi, Fauzul Yusri, Fauzin Mustafa, Ivan Lam, Husin Hourmain,Rajinder Singh, Mohd. Noor, Shafiee Ramli, Suhaimi Fadzir, Abdul Multhalib Musa, Justin Lim, Kaw Leong Kiang  dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada koleksi penting dan berharga Aliya dan Farouk Khan.
Cara pendekatan pasangan ini juga agak berlainan dan dirasai oleh beberapa pelukis yang diwawancara penulis. Bagi mereka lawatan kolektor ke studio melihat mereka bekerja, menyelami perasaan dan berbual tentang teknik, bentuk dan isi karya mereka adalah sesuatu yang amat di hargai. Jeganathan mengatakan perasaan ambil tahu dan dorongan Farouk terhadap apa yang dibuat dan dihasilkan di studio amat dihargai beliau ini telah memberikan tenaga untuk beliau terus berkarya. 
Bagi Choy Chun Wei sebelum ini beliau bukanlah seorang yang mengenali ramai pelukis Melayu terutama yang telah mempunyai nama besar. Beliau lebih suka bersendirian dan jarang bergaul. Perubahan mulai berlaku dalam dirinya apabila karyanya dalam pameran residensi di Rimbun Dahan di perolehi oleh Farouk pada tahun 2006. Pendekatan Farouk yang gemar bergaul dan megenali pelukis telah memperkenalkan beliau dengan pelukis-pelukis yang lain terutama pelukis terkenal bahan campuran seperti Fauzan Omar dan Zulkifli Yusof. Dari situ Chun Wei sering berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan pelukis-pelukis ini samada di majlis Farouk atau di studio dan galeri pelukis lain. Beliau bukan sahaja lebih mengenali industri dan sejarah seni negara malah perletakan diri dengan suasana yang lebih makro.
'Encik Duit Orang' tahun 2005 adalah karya pertama Shooshie yang diperolehi oleh Aliya dan Farouk Khan manakala 'The Six Element' adalah karya awal Shooshie yang diperolehi oleh pasangan ini.'The Six Element' adalah karya awal Shooshie berbentuk 'artist erased' karya ini pernah dipamerkan di pameran Phillip Morris Art Award 1996 sebelum  karya 'Kedai Ubat Jenun' 1997 yang memenangi anugerah Bakat Muda Sezaman. Karya Shooshie merupakan satu lagi jangkauan koleksi pasangan ini. Mereka sering bertemu dan cuba memahami karya-karya Shooshie yang berbentuk 'ephemeral', non-collectible site specific, idea base dan instalasi bukan formalis. Sentiasa minat untuk memahami dan mempelajari adalah kunci utama pasangan ini mengumpul dan mendekati pelukis.

Pelayaran Abdullah dan Kembara Mahkota Johor
Kepelbagaian kategori koleksi mulai timbul apabila mereka mula mengenali Zulkifli Yusof(Zul) di tahun 2007. Pengenalan yang agak lewat dengan Zul seorang karyawan instalasi, pengarca dan pelukis hebat ini mungkin kerana Zul   tidak berpusat di Kuala Lumpur dan amat jarang disebut jika dibandingkan dengan pelukis-pelukis yang menghasilkan catan di Kuala Lumpur. Setelah mulai mengenal Zul dan sedar tentang semangat perjuangan pelukis ini yang tidak pernah berhenti berkarya, merendah diri walaupun telah mendapat pengiktirafan antarabangsa di Istanbul dan Venice, maka pada tahun 2007 pasangan ini telah membuat keputusan untuk membuat perolehan terbesar ke atas karya-karya Zulkifli Yusof. Siri-siri yang diperolehi dan dimiliki pasangan ini ialah 'Malay Sketches' 2006, dua karya instalasi yang bertajuk 'Subuh', 2007 dan 'Munshi Abdullah' 2004. 
Dengan adanya lawatan studio oleh pasangan ini pada tahun 2007, mereka telah dimaklumkan bahawa terdapat satu karya instalasi yang masih di dalam perolehan beliau. Karya ini ialah ‘Munshi Abdullah’ di mana ia menggambarkan pelayarannya mengikuti semenanjung pada kurun ke 1800. Zul menerangkan intipati karya tersebut, justeru memberi penghargaan akan inspirasi karya itu kepada pengembaraan Kembara Mahkota Johor, iaitu pengembaraan tahunan oleh Tunku Mahkota Johor ke seluruh pelusuk negeri bagi menghampiri rakyat jelat.
Karya instalasi Zulkifli Yusof yang bertajuk ‘Munshi Abdullah’ adalah sebuah contoh karya garapan sastera atau teks kepada visual. Karya ini bersumberkan catatan Abdullah bin Abdul Kadir atau lebih terkenal dengan Munshi Abdullah. Instalasi ini ialah respon pelukis terhadap pembacaan teks ’Hikayat Pelayaran Abdullah’ yang dihasilkan Abdullah pada tahun 1838 sebagai laporan lansung pengalaman pelayarannya dari Singapura ke Kelantan. Zul tertarik dengan singgungan Abdullah terhadap struktur budaya dan sosial masyarakat Melayu ketika itu yang terdiri daripada raja dan rakyat. Berbagai bentuk komentar dan catatan Abdullah itu beliau abadikan dalam bentuk salinan imej gurisan asid ke atas plat-plat logam. Imej-imej ini diselang seli dengan imej-imej produk konsumer kolonial di Tanah Melayu. 
Bagi Zul catatan Abdullah tentang hubungan raja dan rakyat ketika itu amat mensyugulkan beliau terhadap tingkah dan pola laku masyarakat tradisi. Walaubagaimanapun menurut Zul beliau merasa lega apabila sebahagian dari catatan Abdullah yang bersifat negatif terhadap hubungan raja dan rakyat itu disanggah oleh perlakuan kerabat diraja abad ke 21. Menurut beliau kritikan Abdullah bertentangan dengan apa yang dilihatnya sekarang ini di negeri Johor Darul Takzim. 
D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj telah menyambung tradisi raja atau putera raja mengembara bertemu rakyat. Jika zaman dahulu pengembaraan raja adalah dengan menaiki gajah atau kuda tetapi sekarang dengan teknologi yang ada baginda telah membuat inisiatif program kembara bertemu rakyat jelata dengan motosikal berkuasa tinggi yang disertai kerabat dan sahabat. Baginda dapat terus bertemu dengan rakyat dan melihat keadaan sebenar mereka tanpa diatur dengan majlis rasmi atau menunggu di balairaya. Kembara Mahkota Johor ini telah dimulakan pada tahun 2001 dan hingga sekarang ia menjadi acara yang paling dinanti oleh rakyat negeri Johor.
Penulis beranggapan bahawa ia relevan untuk mengenengahkan insiden ini memandangkan pameran IMCAS dilangsungkan di Johor. Ia merupakan satu cara untuk menunjukkan pengaruh perkembangan sejarah negeri ke atas arena seni kontemporari Malaysia. Di dalam contoh ini, karya agung seni Malaysia telah dihasilkan berdasarkan suatu ilham dari negeri Johor. Ini boleh dijadikan suatu contoh utama seni kontemporari di mana peninggalan sejarah diabadikan dalam bentuk sejarah tampak tanahair. Seni sememangnya merupakan perakam visual bagi perkembangan budaya sesebuah masyarakat.

Koleksi Siapa Selepas Ini
Persoalan di atas adalah agak umum. Tetapi dalam konteks dominasi global dalam apa jua aspek, seni adalah tidak terkecuali. Peranan yang dimainkan oleh kumpulan, individu dan galeri swasta dalam arena seni visual adalah amat siknifikan dan mempunyai impak yang kuat kepada peminat dan masyarakat. Pernahkan kita risau dengan inisiatif-inisiatif kolektor dan galeri swasta ini akan melenyapkan peranan muzium awam di masa akan datang? Tetapi jika muzium awam tidak kompetatif dan cuba hadir dengan keadaan semasa kemungkinan ini mungkin menjadi realiti. Namun itu bukanlah perkara yang hendak dirisaukan. Perkara asas yang dirisaukan oleh pengkaji seni dan sains sosia ialah lupusnya baka atau benih muzium yang berkembang dan membangun bersama persekitaran dan yang bertanya dan berkomunikasi dengan umum tentang apakah maknanya hidup dalam dunia kontemporari abad ke 21 ini. Muzium awam dan persendirian akan muncul, pelukis dan karya seni akan bertambah, peminat dan kolektor juga semakin bertambah. Bersediakah kita dengan segala kenaikan dan pertambahan ini. Limpahan pasti berlaku, tetapi kemana limpahan itu hendak dialirkan? Kepada kolektor, muzium, pelukis, masyarakat, negeri-negeri atau pemain utamanya?.
Inisiatif Aliya dan Frouk Khan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, badan koperat, Balai Seni Lukis Negara dan malah kerjasama yang erat dengan pelukis-pelukis muda yang turut berhempas pulas menghulurkan bantuan menjayakan pameran ini merupakan suatu benih baru yang perlu disemai antara muzium awam, koleksi persendirian, pelukis dan masyarakat. Kerjasama dan jaringan walau dimulakan sebesar manapun adalah paksi kepada kejayaan dan intipati cara kerja dan perniagaan untuk melangkah ke dunia yang lebih luas.
Semoga usaha ini akan menjadi katalis kepada sebuah tapak baru yang akan memberikan cara dan pemikiran baru terhadap muzium dan koleksi seni kontemporari Malaysia.


Rujukan

  1. Claire Hsu, Will Public Museums Become Extint in The 21th Century?, Artasiapasific 2008
  2. Biring Yusof Ghani, Wei Ling Galeri,2007.
  3. Farish A.Noor, The Other Malaysia, Writing on Malaysia Subaltern History, Silverfishbooks Kuala Lumpur 2002.
  4. Koleksi Saya,Balai Seni Lukis Negara, 1975.
  5. Jalak Jalaini Abu Hassan,Valentine Willie Fine Art & Jalaini Abu Hassan,2006.
  6. Matahati - For Your Plessure, Petronas, 2008
  7. Mohd. Najib Ahmad Dawa, Sanggar Warisan Bangsa, Dewan Budaya, Oktober 2007.
  8. 18@8 Contemporary Artists From Malaysia and Beyond, Wei Ling Gallery, September 2005.

MALAYSIAN CONTEMPORARY ART - THE ALIYA & FAROUK KHAN COLLECTION

Written by Amerrudin Ahmad - Senior Curator, Balai Seni Lukis Negara, Malaysia

Art enthusiasts admire iconic and modern masterpieces typically in museums and public galleries. However, this is perhaps not the case when seeking exceptional contemporary art. It is likely to be in the hands of the private collector. Moreover, some of the works are done by artists just to react against time, are temporary in nature, or are impossible to be physically acquired.

In Malaysia, private contemporary art collectors began making their presence felt towards the end of the 1990s. Though small in numbers, they were able to compete against the public museums and corporate collectors. This second generation of collectors began to create an impact as major players when the art of this region, and Asia in general, began receiving global recognition.

Among the names that are usually heard and eagerly awaited by artists in previews and exhibition openings are collectors such as Rahimi Harun, Edward and Sylvie Hyde, Rosemary and Steve Wong and of course the popular collector couple/pair of Aliya and Farouk Khan. Collecting art is everything for these collectors. They choose the works largely because there is a sense of attraction and chemistry with the works.

Aliya and Farouk Khan's priceless, precious private collection of contemporary Malaysian art will be exhibited to the general public outside of the traditional production and acquisition domain of Kuala Lumpur. Danga City Mall in Johor Bahru, is the chosen site-specific venue, and it must have been decided upon by Aliya and Farouk, with certainty that every aspect pertaining to this location had been critically assessed.

Aliya and Farouk Khan, two prominent figures in the field of art collecting and managing, have devoted tremendous effort and energy to the contemporary artists' of Malaysia, and is now adding a further monumental effort to showcase their largest private contemporary art collection to the public. This exhibition is organised by the Iskandar Malaysia Contemporary Art Show (IMCAS) together with support from the Johor State Government and the National Art Gallery.

In his press statement to the media, Farouk has depicted this undertaking as an attempt to make Johor a potential hub for contemporary art in Malaysia. In addition, it is also a ‘home-coming’ of sorts, because there are many Johor-born contemporary artists in his collection such as Yusof Ghani, Ahmad Zakii Anwar, Jegadeva Anurendra, Hamir Soib, Tan Chin Kuan, Shooshie Sulaiman, Eng Hwee Chu and Umi Baizurah.

This exhibition contains various works comprising of paintings, prints, sculptures and  installation works and are amongst the 800 over contemporary artworks in the collection of the couple, and is still growing. In January 2010 a large-scale major exhibition of the 'Aliya and Farouk Khan' collection will be revealed to the public at the National Art Gallery, Kuala Lumpur.
It can be said that 90 percent of these artists were educated and exposed to art in Kuala Lumpur, whilst the rest were lucky to have received education from overseas. In fact, a majority of the artists work and reside in the vicinity of Kuala Lumpur. In the development of art in this country, Kuala Lumpur is the center for producing talented artists, aided with the presence of the various public and private art institutions. The environment and social lifestyle of the contemporary society gives birth to the response and visual dialogue in their artwork. All the experiences that the artists go through are transpired in their work.

Even though there are themes involving the conventional situations of the rural society, nevertheless it is not only these that are meant to be conveyed. There exists a subtext about the meaning of relationships and a sense of longing, and are even full of cynical connotations in social, economical, and political situations

Where Is The Contemporary
According to some views, it is inclined to define contemporary art as something new and current. Contemporary is seen within a period of time. Malaysian contemporary art perhaps is best seen as  associated to the 'new' generation of artists, from around the 1990s till to date.

For us, contemporary art is a response in relation to modernism, whilst in the West, it is the creation of modernism itself. There are those suggesting that contemporary art should be originated by the urban population with a rejection of the conventional, which is still a narrow definition compared to what was maintained by Pramoedya to the literary community in his literature entitled ‘Anak Semua Bangsa’ (the children of all race) which was set against a post-colonial background in Jawa. In the novel, he implies the contemporary notion as a rejection to the Portugese language. Even though it was the Portuguese Colony that introduced modernism to Jawa, it was during the independent era of the populist  movement that gave rise to patriotism and the usage of native language as current. Those who did not value or converse well in the national language during that period were considered backward, and not contemporary. Therefore, the manner of urban presentation, symbolism or semiotic, expressionism or neo-romantic, or whatever is the comparison shall not be deemed as contemporary. It depends on how the composition is read, and the distinction between modern and contemporary is highly refined unless the discourse on post-modernism is made comprehensible.

Journey
The temporary movement of the Aliya and Farouk Khan collection from Kuala Lumpur to be exhibited in Johor Bahru is something that is outside of the ordinary, if we refer to the definition of contemporary by Pramoedya. A private collection movement from the federal capital to the state capital seems to be in conflict with the aspirations of most collectors and artists who aspire to show in the federal capital rather than the state capital, or even preferably to have shows overseas. This in itself reflects that the overall act is a component of the contrary thinking and this is a parallel to the contemporary art campaign itself - ‘kdek-kdek ong’ (Hasnul J. Saidon) thinking outside of the box.

The journey of this couple in acquiring the best artwork also went through an introductory and a learning process. Farouk often laments that many sources and documentations regarding young contemporary artists are difficult or virtually impossible to come by. He initially found the various artworks and artists of his collection through oral information and old catalogues or through his close relationship with artists and other collectors. ‘Failed curatorial process’ is a slogan-like phrase often voicing his disappointment with the way in which the contemporary artists are inappropriately regarded within the national landscape by certain parties some time ago. As a proactive individual, he felt that there was a need for him to acquire these works and thus become a responsible art collector by giving back and raising the standard of the contemporary art of the younger Malaysian artists.

Malaysians should not have overlooked contemporary art and the young artists that carried the name of this country and introduced Malaysia to the global art scene. These artists have long been known and honored internationally through various festivals such as biennale, triennale, residencies, community projects, solo or group exhibitions, and auction houses overseas. Venice, Istanbul, Kessel, Berlin, Madrid, London, Vermont, New York, Hong Kong, Jakarta, Singapore, and various other cities have hosted exhibitions by these artists, and besides some of them are more renowned elsewhere than in their own country.

In being aware of the demand and achievement of the contemporary artists and contemporary art of this country, Aliya and Farouk Khan have made collecting contemporary art a serious hobby, and even more so, a serious investment. The exceptional quality of their collection relies on the manner in which they acquire the works. The couple are not simply interested in the recent works of the artist, but rather, they endeavour to collect earlier works  as well, so that their collection may possibly show the artists' progress, that is, how the artist has grown and his different styles or thought processes through the years. Each artwork is photograghed, registered and recorded. A documentation system that is highly comprehensive and complete with a timeline of the artist.

The Collection
Masterpieces by Jailani Abu Hassan (Jai) and Yusof Ghani are amongst the earliest to be collected by the couple. According to Jai, his works were acquired by Aliya in 1998 through Rosli Hashim Fine Art. Since then Jai has been prominent in the couples collection. Jai and Yusof Ghani are two major artists that are not only well known in Malaysia, but also in Singapore, Hong Kong and Jakarta, where their solo exhibitions have received encouraging responses. They emerged in this arena towards the end of the 1980s and ‘boomed’ in the late 1990s.

Jai is amazed with this duo, not simply in the quantity of artworks that they have amassed at any one time, but in their perseverance to acquire them. He was impressed when his early works from 1996, 1997, and 1998 were successfully obtained by the couple through intensive searching and research as Jai declared that he himself had trouble accessing his early works, but “Farouk succeeded in doing so.”

The couple began to collect through profiling artists, and this understanding came about whilst being exposed to works by Ahmad Fuad Osman (Fuad) in a private viewing arranged by Sushilawati Sulaiman (Shooshie) two weeks before Fuad went off to Goyang, Korea in 2005 to attend an eight month residency program (which was then extended to one year). The 2005 ‘Joseph Tan in Memory’ exhibition at the National Art Gallery also compelled them towards the process of documenting their collection.

The body of works of Ahmad Fuad Osman is amongst the most comprehensive in the Aliya and Farouk Khan Collection. The evolution of Fuad’s work from the abstract beginnings created in 1993, to the partial abstract produced in 1994, and later the introduction of figures in 1995, early works of ‘self portraits’ in 2005-2006 until the ‘Fatamorgana’ series in 2006 and up till the current series, are in this collection.

The Matahati collective, comprising of Ahmad Shukri Mohamed, Ahmad Fuad Osman, Bayu Utomo Radjikin, Masnoor Ramli and Hamir Soib is one of the strengths of the Aliya and Farouk Khan Collection. These artisits' works are continuously displayed on rotation in their living room. The earlier works of this group in 1993, until today has been compiled by them. For Ahmad Mashadi, the early works produced by this group in the early 1990s illustrates a trajectory that gave rise to the importance of instant visual communication and conceptual significance. Hamir Soib's works were acquired by Aliya and Farouk through his first solo exhibition in Gudang in 2005, informs Hamir, and it was then on that the rest of his works were picked-up by Farouk, in various solo and group exhibitions in Weiling Gallery, Annexx, Gallery 12 and other shows..


Presence
The reality of a multi-racial community and a diverse background is also prevalent in the Aliya and Farouk Khan Collection. Art transcends racial boundaries because visual art is consistent in spite of the diverse ethnicity and those with different native language. Younger artists with immense talent such as Aswad Ameir, Azmin Hussien, Chan Kok Hooi, Stephen Menon, Chin Kong Yee, Daud Rahim, Yau Bee Ling, Ahmad Zuraimi, Hamidi Hadi, Fauzul Yusri, Fauzin Mustafa, Ivan Lam, Husin Hourmain, Rajinder Singh, Mohd. Noor, Shafiee Ramli, Suhaimi Fadzir, Abdul Multhalib Musa, Justin Lim, Kaw Leong Kiang and many others have become an integral and important part of the Aliya and Farouk Khan Collection.

The approach of this couple is also unusual and is noted by quite a few artists interviewed by the author. For the artists, the studio visits by collectors observing them work, understanding their emotion and talking about methods, the form and content of their work is something that is highly appreciated. Jeganathan mentioned that Farouk’s passion and encouragement  during his visit to his studio is something he treasures, and it gives him the energy to continue working.

For Choy Chun Wey, prior to being collected by Aliya and Farouk, he did not know many Malay artists, particularly the established major artists. Chun Wei rarely socialses and prefers to be on his own. He found a change took place within him when his works were acquired by Aliya and Farouk during his Rimbun Dahan Artist Residency exhibition in 2006. The approach by Farouk, who enjoys interacting and getting to know artists, has also lead him to cross paths with prominent mixed media artists such as Fauzan Omar and Zulkifli Yusof. From there, Chun Wey would occasionally meet up with many artists, especially at Farouk’s gatherings, or at galleries and other artists’ studio. Not only does he now come to know more about the industry and art history of this country, but he is also able to position himself on a much more macro environment.

‘Encik Duit Orang’ in 2005 by Shooshie was the first acquisition of Aliya and Farouk Khan of this artist. ‘Six Elements Erased’ is an earlier work by her, that was later acquired. ‘Six Elements Erased’ is a type of ‘artist erased’ work and was exhibited at the Philip Morris Art Award 1996, before the work ‘Kedai Ubat Jenun’ in 1997 that won the Young Contemporary Award. Her work lends another aspect to this major collection. They would regularly meet and he would attempt to comprehend Shooshie’s works, a lot of which are ephemeral, non-collectible site specific, idea based and non-formalist installations. Always keen on learning and trying to understand is the key for this couple in their  approaching artists and collecting.

Abdullah’s Voyage & Johor Royal Expedition
The Aliya and Farouk Khan collection became more representative of a multi-disciplinary collection  when the couple became aquaintedwith Zulkifli Yusof in 2007. The rather late introduction to Zul, an installation artist, sculptor and painter was perhaps due to the fact that Zul does not reside in K.L. The critical success of Zulkifli and his success in being invited to the biennale's in Venice and Istanbul made him very important and relevant to the collection. 

Upon the couple's visit to his studio in 2007, they chanced upon a major installation still in the artists possession. The work was 'Munshi Abdullah' and it represented his travels around the peninsular during the 1800's. Zul explained the work and credited the inspiration of the work to the expedition of the Kembara Mahkota Johor, which is the annual journey of the Tunku Mahkota Johor to the various outlying areas of his state to meet the people.

Zulkifli Yusof's installation ‘Munshi Abdullah’ is an example of a contemporary work that is derived from literature or text in the form of visual composition. The installation is based on the writings of Abdullah bin Abdul Kadir, otherwise better known as Munshi Abdullah, and is an artistic response to the text ‘Hikayat Pelayaran Abdullah’ composed by Munshi Abdullah in 1838 as a direct record of his personal voyage from Singapore to Kelantan. Zul was intrigued by Abdullah's interpretation, in regards to the socio-cultural structure of the Malays during that time which was comprised of royal rulers and the common people.

For Zul, Abdullah’s writings on the relationship between the royal rulers and its common people during that period raised some concern towards the manner and behavior of the traditional society. However, Zul was relieved when some of the perceived negativity in Abdullah’s writings between the relationship was proven to be false through the actions of royal families in the 21st century. Zul affirms that Abdullah’s criticism was contrary to what he currently observed in the state of Johor.

D.Y.A.M. Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj has carried on the tradition of royal expeditions to greet the common people. In the past the royal expedition was made using elephants or horses, but today with current technological advancement, his royal highness has initiated an expedition program to meet the public which includes the royal family and friends. His royal highness can approach his common subjects directly and gain first hand experience without any official provisions. The Johor Royal Expedition began in 2001 and till today it is an eagerly awaited convention by the general public of Johor.

I thought it relevant to mention the above in light of the IMCAS event being in Johor. It is an opportunity to reflect the influence of events in the different states on the Malaysian contemporary art scene. In this instance, a major masterpiece of Malaysian art was produced as a result of an inspiration from Johor state. This serves as a great example of contemporary art in that the currnt historical event is captured in the visual history of the Malaysian art scene. Art, after all, is the visual recording of the cultural development of a society

Whose Collection After This
The question above is quite general. However, in the greater global context covering many aspects, art is no exception. The role of groups, individuals, and private galleries in the visual art arena is very significant and creates a strong impact on its followers and the general public. Are we concerned about the initiatives of collectors and private galleries taking over the role of museums in the future? However, if museums are not competitive and do not maintain their presence with current development, it is possible that this could become a reality. Nevertheless, this is not something that should be of concern.

The fundamental concern among scholars of art and social sciences is the extinction of origin or basis of the museum which develops and expands in conjunction with its surroundings, questioning and conversing in general about the meaning of life in the contemporary world of the 21st century. Public and private museums will develop, artists and artworks will increase, art enthusiasts and collectors will proliferate. Are we ready with this growth and progress? This expansion is certain, but where shall we guide this spilling effect? To the collectors, museums, artists, society, states, or the current major players?

The initiative of Aliya and Farouk Khan to collaborate with the state government, corporate sectors, the National Art Gallery, and to be working hand in hand with the younger artists that has worked hard and toiled to ensure the success of this exhibition, is a new beginning that must be propagated between public museums, private collectors, artists, and the society at large. Collaboration and teamwork, no matter how small it starts out, is the basis for success, good governance and commerce, towards stepping into the greater world.

Hopefully this concerted effort become the catalyst towards a groundwork that will result in new techniques and ways of thinking towards public institutions and the Malaysian contemporary art movement.

References

  1. Claire Hsu, Will Public Museums Become Extint in The 21th Century?, Artasiapasific 2008
  2. Biring Yusof Ghani, Wei Ling Galeri, 2007.
  3. Farish A. Noor, The Other Malaysia, Writing on Malaysia Subaltern History, Silverfishbooks, Kuala Lumpur 2002.
  4. Koleksi Saya, Balai Seni Lukis Negara, 1975.
  5. Jalak Jalaini Abu Hassan, Valentine Willie Fine Art & Jalaini Abu Hassan,2006.
  6. Matahati - For Your Plessure, Petronas, 2008
  7. Mohd. Najib Ahmad Dawa, Sanggar Warisan Bangsa, Dewan Budaya, Oktober 2007.
  8. 18@8 Contemporary Artists From Malaysia and Beyond, Wei Ling Gallery, September 2005.